PUSAT SUMBER SEKOLAH
2.1 PENGENALAN PUSAT SUMBER
v Pusat Sumber sekolah (pss) adalah satu tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna.
v Ia juga tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
v PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diurus secara sistematis.
v Ia juga tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanafaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
v Pusat Sumber Sekolah Sains Sultan Hj Ahmad Shah Pekan adalah sebuah badan perkhidmatan yang diasaskan pada tahun 1989. Badan perkhidmatan ini telah dirasmikan oleh Pengetua SHAH Pekan, Tuan Hj Mohd Radzi Bin Abdul Rahim
v Kini PSS telah melangkah dengan lebih jauh dengan kepimpinan di bawah pengurusan baru iaitu Encik Abdullah Bin Musa sebagai pengetua dan di bawah penyelaras baru Puan Nor Aida Binti Razali serta dibantu oleh guru NILAM iaitu Puan dan pembantu PSS Encik Karim Bin Jusoh.
KONSEP
Pusat Sumber Sekolah merupakan:
v Kemudahan Fizikal
v Koleksi pelbagai jenis bahan-cetak dan bukan cetak
v Pengurusan yang teratur
v Kakitangan media yang terlatih
v Menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.
RASIONAL
v Mewujudkan dan meningkatkan PSS yang berkualiti dan canggih mengikut perubahan pendidikan yang global
v Berkeyakinan bahawa program yang dirancang dengan teliti dan sesuai dapat meningkatkan mutu pendidikan dan penggunaan PSS lebih berkesan
v Berkeyakinan bahawa strategi yang yang dirancang ini akan dapat melahirkan pelajar yang ’versatile’ untuk menghadapi cabaran dan menangani perubahan di abad 21 ini.
v Berkeyakinan pelajar berubah sikap ke arah mencapai hasrat dan cita-cita
v Mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan berdaya fikiran
2.2 LOKASI PSS PELAN
v Lokasi dan kedudukan PSS adalah terletak di bangunan blok Budi SHAH Pekan.
v Adanya kemudahan ruang bacaan,bilik media, stor, bilik kerja, bilik rakaman dan bilik SAL telah menjadikan ruang PSS sangat kondusif untuk kegunaan pelajar amnya.
2.3 VISI
Pusat Sumber Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan sebagai pusat sumber 5 bintang dalam semua aspek menjelang tahun 2015
2.4 MISI PSS
v Pusat Sumber Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan sebagai wadah terbaik bagi memacu pertumbuhan ilmu pengetahuan dalam memantapkan produktiviti yang berintelektual dan berkarisma
v Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
v Meningkatkan kemudahan dan infrastruktur PSS
v Mewujudkan suasana PSS yang kondusif dan budaya PSS yang selamat
v Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran melalui sistem perpustakaan yang lebih efektif
v Melahirkan warga PSS yang bertanggungjawab, berdedikasi dan kompetitif
2.5 PIAGAM PSS
v Memastikan semua pelajar diberi peluang belajar dan mendapat kemudahan pendidikan di pusat sumber
v Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan tepat dan cekap mengikut keperluan pihak yang berkenaan.
v Mengamalkan 5 prinsip berikut bagi merealisasikan pengurusan Pusat Sumber yang cekap dan cemerlang selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan ke arah Wawasan Negara:
- Mengenali
- Menyayangi
- Memajukan
- Memantapkan
- Menilai
v Memastikan perlaksanaan dan pengurusan Pusat Sumber lebih kondusif, sistematik dan terkawal untuk menjamin keselesaan pelajar.
v Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan adil setiap masa
v Memastikan wujudnya hubungan baik dengan badan-badan yang lain di SHAH Pekan
2.6 MATLAMAT PSS
v Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
v Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
v Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat
menerusi penggunaan komputer.
2.7 OBJEKTIF PSS
v Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
v Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
v Meningkatkan profesionalisme guru
v Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
v Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
v Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan
Pelajar
2.8 FUNGSI DAN PERANAN PSS
v Mengumpul antau memperolehi bahan-bahan koleksi pelbagai jenis dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Ia diperolehi secara percuma, dibeli ataupun dibekalkan oleh pihak tertentu.
v Menghasilkan atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri sama ada secara individu atau berkumpulan. Bahan- bahan yang dihasilkan dibeli ataupun barangan terpakai.
v Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematis.
v Mengedarkan atau menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS. Ia dapat digunakan secara maksimum oleh semua pelajar dan guru.
v Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan ataupun alatan.
v Pusat ilmu kerana ia mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. Ia adalah pusat mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebarkan sumber maklumat.
v Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan secara individu atau berkumpulan.
v Pusat pengajaran iaitu tempat guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan. Ia dapat menyediakan panduan, memberikan galakan kepada guru ataupun pelajar yang mencari, memilih, menghasilkan atau menggunakan media yang sesuai
v Pusat professional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.
v Terdapat juga sumber kemahiran kepakaran, bahan-bahan rujukan dan digunakan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
JAWATANKUASA KERJA PSS
1. Carta organisasi Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
2. Carta organisasi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah
3. Senarai tugas Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
4. Senarai tugas Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah
3.1 Carta organisasi Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
PENGERUSI
Pengetua
(En. Abdullah Bin Musa)
NAIB PENGERUSI
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2
En. Azaha Bin Awang (YM Tuan Zakaria B. Tuan Muda) En. Shaharuddin
SETIAUSAHA
Guru Media/ Guru Perpustakaan
(Pn. Nor Aida Bt Razali)
KETUA BIDANG/KETUA PANITIA
PERPUSTAKAAN
PN NOR AIDA BT RAZALI
BBM
PN.NOR AIDA BT RAZALI
BANK SOALAN
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
PERKEMBANGAN STAF
UBK
KURIKULUM
S/U KURIKULUM
NILAM
KO KURIKULULUM
SETIAUSAHA SUKAN/PENYELARAS SUKAN PERMAINAN/UNIFORM
KOMPUTER
EN.ROSLI BIN SALIM
Carta organisasi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah
PENASIHAT
Pengetua/ENCIK ABDULLAH BIN MUSA
PENGERUSI (PENYELARAS)
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum/ TN.ZAKARIA BIN TN. MUDA
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2
EN. AZAHA BIN AWANG EN.SHAHARUDDIN SADALI
SETIAUSAHA
PN. NOR AIDA BT RAZALI
PERPUSTAKAAN BBM/BBB MEDIA ELEKTRONIK KOMPUTER NILAM
PN. NOR AIDA PN. NOR AIDA PN. NOR AIDA EN. ROSLI PN. NOR AIDA
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
EN. KARIM BIN JUSOH
PENGAWAS PUSAT SUMBER
3.2 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Menentukan sumber kewangan PSS.
3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
|