SHAH BERSIAP SEDIA MENGHADAPI PEMANTAUAN SBT
Posted by admin on July 21 2010 09:27:02
Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi semua guru, kakitangan dan pelajar-pelajar SHAH kerana pada minggu ini para pemantau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dijangka akan melawat SHAH untuk membuat penilaian SBT. Semua warga SHAH telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan SHAH akan dijulang sebagai SBT pada tahun 2011. Kerjasama sepasukan yang ditunjukkan oleh semua warga SHAH yang sanggup berkorban masa dan tenaga amatlah dihargai. Semoga kerja keras yang ditunjukkan akan membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan.