MAJLIS TEMU MESRA GURU, IBU BAPA DAN PELAJAR .
Posted by admin on July 03 2010 12:07:09
Shah Pekan 03 Julai, satu majlis temu mesra diantara guru, pelajar dan ibu bapa telah diadakan pada hari ini bermula jam 08.00 pagi. Majlis sebegini adalah merupakan yang kedua di adakan pada tahun ini setelah majlis yang serupa diadakan pada 27 Mac yang lalu. Majlis pada hari ini bertujuan mengadakan perbincangan dan perkongsian pintar di antara pelajar tingkatan 2, 3, 4, dan lima yang terpilih dengan guru-guru mata pelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa yang hadir telah mengadakan perbincangan dengan guru-guru tentang kemajuan anak mereka dalam bidang akademik. Sambutan yang diterima amat menggalakan dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa dan penjaga. Majlis sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang.