HAMDAN JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH KALI KE-21
Posted by Awang Dusun on March 01 2010 00:18:24
Shah Pekan, 28 Februari, Kejohanan Olahraga Tahunan Shah kali ke-21 yang diadakan pada hari ini merupakan hari gemilang bagi rumah Hamdan kerana berjaya menjadi juara setelah sekian lama terisisih malah menduduki tempat keempat pada tahun lepas. Kejayaan ini adalah berkat usaha gigih semua ahli rumah Hamdan dari mula persekolahan dibuka yang begitu bersungguh-sungguh berlatih. Sekalung tahniah juga untuk semua guru rumah Hamdan yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kerja sepasukan. Tahniah juga diucapkan kepada rumah Murad yang menjadi naib johan, rumah Aminuddin tempat ketiga dan rumah Rahman tempat keempat. Kejohanan Olahraga Tahunan Shah pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Abdul Hamid bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya bin Zainal Abidin yang turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.