SEMANGAT BERPASUKAN
Posted by Norie Onoda on February 28 2010 07:41:53
Seperti tahun sebelumnya, kemeriahan Kejohanan Olahraga Tahunan Shah bukan hanya pada hari kejohanan, tetapi ianya bermula pada masa sukantara lagi. Kemeriahan amat terasa semasa semua pelajar bekerjasama, bertungkus lumus menceriakan rumah masing dengan pelbagai gaya dan ragam. Ada rumah yang sanggup berbelanja besar untuk menjadikan rumah mereka adalah yang terbaik, namun kemeriahan semasa menceriakan rumah, yang melibatkan semua pelajar yang menunjukkan kerjasama sebagai satu pasukan perlu dkekalkan. Walaupun mungkin ada yang kecewa kerana rumah mereka gagal memenangi juara keceriaan rumah, namun disebaliknya semangat berpasukan yang ditunjukkan itulah yang sebenarnya dinginkan oleh pihak sekolah dan berharap ianya akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.