PERARAKAN MAULIDUR RASUL
Posted by admin on February 28 2010 07:26:59
Shah Pekan, 26 Februari, Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan seperti tahun-tahun yang lepas agak berbeza sedikit pada tahun ini. Kalau sebelumnya semua warga Shah berarak dari Aspura ke padang Shah, tetapi pada tahun ini mereka berarak dari Dataran Aspura ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Perarakan yang melibatkan semua pelajar Shah serta guru-guru Shah dimulakan pada jam 7.30 pagi. Sebahagian Pelajar Shah kemudian menyertai kumpulan pelajar dari sekolah lain seperti Sekolah Tengku Abdullah, SM Agama AlAtas, SM Agama Ampuan Fatimah berarak mengelilingi Pekan Lama dan kembali semula ke Masjid Sultan Ahmad Shah.