| Users Online |
Guests Online: 2
No Members Online
Registered Members: 866
Newest Member: fokl
|
|
| Foto Terkini.. |
 |
|
|
| News |
| 1080 BORANG PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 DITERIMA |
| Shah Pekan, 19 November, sebanyak 1080 borang permohonan masuk ke tingkatan satu bagi sesi 2010 diterima sehingga hari ini. Permohonan yang kebanyakkannya diterima dari seluruh negeri pahang dan beberapa negeri lain seperi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor akan diproses berdasarkan keputusan 5A UPSR. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat untuk panggilan temuduga yang akan diadakan pada awal bulan Disember nanti. |
admin on November 20 2009 10:05:57 ·
17 Comments ·
368 Reads ·
|
|
| PENYERAHAN DERMA KEBAJIKAN MOHD FIRDAUS BIN SAHARUDDIN |
Khamis,05 November, Satu majlis ringkas penyerahan cek derma kebajikan pelajar Shah yang menghidap penyakit kanser tulang iaitu Mohd Firdaus bin Saharuddin telah diadakan di bilik pengetua. Sumbangan yang berjumlah RM16,300.00 dalam bentuk cek telah disampaikan oleh Tuan Zakaria bin Tuan Muda kepada ibu pelajar tersebut iaitu Puan Shamsiah bt Ab Ghani dalam suasana yang begitu mengharukan apabila Puan Shamsiah sendiri tidak mampu untuk berkata apa-apa atas sumbangan yang telah dihulurkan semua pihak yang disusuli dengan linangan air mata terharu menandakan ucapan terima kasih beliau yang tidak terhingga. Untuk makluman derma yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah ini telah mendapat kerjasama daripada sekolah-sekolah yang sangat prihatin akan kebajikan pelajar ini. Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Pekan serta Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin menderma bagi meringankan beban serta kos perbelanjaan rawatan pelajar berkenaan.
 |
admin on November 16 2009 12:04:32
22 Comments ·
376 Reads ·
|

| RUMAH MURAD JOHAN KESELURUHAN SHAH UNGGUL |
Shah Pekan, 05 November, Rumah Murad telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Shah Unggul tahun 2009 sempena Hari Kokurikulum dan Shah Unggul yang diadakan pada hari ini. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Aminuddin, tempat ketiga Rumah Rahman dan Rumah Hamdan menduduki tempat keempat. Sempena dengan hari Kokurikulum ini juga telah diadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan Lompat Tali, Bolasepak 9 sebelah, pertandingan Kawad Kaki serta pameran oleh kelab dan persatuan.Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Hari Kokurikulum dan Shah Unggul ini telah diadakan di Dewan Shah Perdana dan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya bin Zainal Abidin.

Pasukan Kadet Bomba
....Johan Kawad Kaki. |
admin on November 06 2009 10:05:04
19 Comments ·
315 Reads ·
|

| 126 PELAJAR SHAH SELESAI MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR |
| Shah Pekan, 13 Oktober, 126 pelajar Shah selesai menduduki Peperiksaan PMR hari ini. Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan rasa yakin mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan berkenaan. Pihak pentadbiran sekolah amat berharap agar pelajar PMR pada tahun ini dapat melonjakkan pancapaian Shah di antara 10 buah sekolah yang terbaik sepertimana pada tahun 2007. |
admin on October 14 2009 15:20:53
23 Comments ·
417 Reads ·
|
| KURSUS SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH |
| Shah Pekan,12 Oktober, satu kursus dalaman yang melibatkan guru-guru Shah telah diadakan pada hari ini.Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada Sistem Pengurusan Sekolah. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer dan melibatkan seramai 30 orang guru Shah. Kursus sesi ke dua akan diadakan pada 21 Oktober ini melibatkan guru serta pentadbir Shah. |
admin on October 13 2009 19:15:52
19 Comments ·
314 Reads ·
|
| PEPERIKSAAN PERCUBAAN ALA PMR |
| Shah Pekan, 14 September, Peperiksaan Percubaan Ala PMR bemula pada hari ini dan akan berakhir pada 17 september. Peperiksaan percubaan ini merupakan peperiksaan percubaan yang terakhir sebelum pelajar tingkatan tiga menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar pada 7 Oktober. Kepada semua pelajar PMR Shah pihak pentadbiran sekolah mendoakan anda semua akan menunjukkan kemampuan yang sebenar dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. |
admin on September 15 2009 07:35:56
16 Comments ·
328 Reads ·
|
|
 |
| Peperiksaan Penilaian 4 2009 |
| Shah Pekan, 17 Ogos, Peperiksaan Penilaian 4 bagi tingkatan 1, 2 dan 4 bermula pada hari ini, manakala bagi tingkatan 3 dan 5 mereka sedang menghadapi peperiksaan percubaan PMR dan SPM. Peperiksaan ini yang sepatutnya berlangsung pada minggu lepas terpaksa ditunda kerana sekolah ditutup akibat H1N1. Peperiksaan ini akan berakhir pada hari Khamis 20 Ogos 2009. |
admin on August 17 2009 14:15:58
20 Comments ·
346 Reads ·
|

| H1N1 - SHAH DIARAH TUTUP SEMINGGU |
| SHAH pekan 05 Ogos, penularan wabak Influenza A (H1N1) kini semakin merebak. Shah pekan di arah tutup selama seminggu mulai jam 6.50 petang tadi oleh Pejabat Kesihatan Derah Pekan setelah dua orang pelajarnya disahkan positif H1N1.Semua pelajar di arah pulang ke kampung masing-masing (diminta di ambil oleh ibu/bapa/penjaga dan tidak dibenar menggunakan kenderaan awam)setelah diberikan taklimat langkah-langkah yang perlu diambil apabila berada di rumah masing-masing. Sekolah akan dibuka semula pada hari Khamis 13 Ogos 2009. |
admin on August 05 2009 20:34:05
16 Comments ·
421 Reads ·
|

| MAJLIS KESYUKURAN ULANGTAHUN SHAH KE-20 |
Shah Pekan, 01 Ogos, satu majlis kesyukuran sempena ulangtahun Shah ke-20 telah diadakan pada hari ini. Majlis bermula dengan gotong royong memasak oleh guru-guru dan kakitangan serta pelajar-pelajar shah. Pada sebelah malam, satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan disurau Shah dan selesai majlis tahlil semua guru, pelajar ,kakitangan serta bekas-bekas pelajar Shah bersama keluarga masing-masing menjamu selera di Dataran Ilmu Shah. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas-bekas pelajar shah yang dapat hadir serta yang telah menyumbang untuk menjayakan majlis berkenaan.
 |
admin on August 02 2009 13:35:31
24 Comments ·
513 Reads ·
|

| 76 ORANG PENGAWAS DILANTIK BAGI SESI 2009-2010 |
Shah Pekan 24 Julai, seramai 76 orang pengawas baru dilantik bagi sesi 2009-2010 pada majlis pelantikan pengawas baru yang diadakan pada hari ini. Majlis ini di rasmikan oleh Ketua Polis Daerah Pekan P/SUPT Yahaya bin Othman yang seterusnya menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas. Mohd Amirul Syazwan bin Shalihin telah dilantik sebagai ketua pelajar lelaki, manakala shailah binti Hamdan dilantik sebagai Ketua Pelajar Perempuan. Mohd Amri Afandi bin Nor Azman dilantik sebagai Penolong Ketua Pelajar lelaki dan Farah Diyanah binti Abdul Rahman sebagai Penolong Ketua Pelajar Perempuan dan Muhammad Arif Mustaqim Mohd Lailani sebagai setiausaha. Kapten rumah Aminuddin ialah Mohd Amrun Haziq Abidin, Kapten rumah Rahman ialah Mohd Nurahlami Saharuddin.Mohd Aizuddin bin Sukeri dilantik sebagai Kapten rumah Murad dan Mohd Fadli Shah Ahmad Hamim dilantik sebagai kapten rumah Hamdan. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan tahniah kepada senua yang dilantik dan berharap agar mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
 |
admin on July 28 2009 07:46:59
19 Comments ·
375 Reads ·
|

| PROGRAM MAKAN BUAH 2009 |
| Shah Pekan 22 Julai, seperti tahun-tahun lepas apabila musim buah sampai kekemuncaknya, shah akan mengadakan program makan buah untuk semua pelajar ,guru-guru dan kakitangannya. Program yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan shah merasai nikmat buah-buahan tempatan yang terdiri daripada buah durian, rambutan dan manggis. Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan rasa seronok dan puas dapat menikmati buah-buahan berkenaan dan berharap ianya akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penambahan pelbagai lagi jenis buah-buahan seperti duku, pulasan dan sebagainya. |
admin on July 23 2009 08:25:31
22 Comments ·
394 Reads ·
|
|
|
|
|
| Login |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
|