| ACARA SEBELUM KOT: PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT |
Shah Pekan, 24 Februari, acara-acara sukan sebelum hari kejohanan yang masuk hari ketiga pada hari ini bertambah sengit. Jika Aminuddin mendominasi hari kedua, persaingan pada hari ketiga agak seimbang di antara keempat-empat buah rumah. Dengan acara balapan yang menjadi tumpuan iaitu 4X400M bagi semua kategori kecuali B18, persaingan menjadi lebih terbuka dengan dominasi setiap rumah bagi kategori umur.Bagi acara tarik tali, Hamdan nampaknya sukar dicabar oleh rumah lain. Dengan hanya tinggal acara terakhir pada hari esok (Khamis, 25 Feb) , KOT pada tahun ini pastinya lebih mendebarkan dengan kejuaraan hanya dapat ditentukan pada hari sebenar KOT pada 28 Februari ini.

Acara Tarik Tali
|
|