| Users Online |
Guests Online: 4
No Members Online
Registered Members: 2,864
Newest Member: alx8080
|
|
| Foto Terkini.. |
 |
|
|
| News |
| JASAMU DIKENANG |
| Pada tahun 2012 ini SHAH telah kehilangan 3 orang guru yang telah lama menabur bakti di SHAH Pekan. Diantaranya Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Ghazali yang mula berkhidmat di SHAH Pekan pada 16 Jun 1992 telah bertukar ke kampung halamannya iaitu di SMS Hulu Terengganu (SAHUT). Puan Rohaizani yang mula berkhidmat di SHAH pada 21 April 2008 telah bertukar ke SMS Rembau. Encik Mohd Kamarul Adzhar Bin Abd Aziz pula bertukar ke SMK Nenasi, Pekan. Beliau mula berkhidmat di SHAH pada 01 Mac 2004. Disamping itu, SHAH juga telah menerima seorang guru baru iaitu Puan Nor Azliza Binti Zakaria yang sebelum ini bertugas di SMS Rembau.Seluruh warga SHAH Pekan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi khidmat di SHAH Pekan.Semoga terus cemerlang dan gemilang disekolah yang baru. Warga SHAH juga mengalu-alukan kedatangan Puan Nor Azliza ke SHAH Pekan dan berharap beliau dapat membantu meningkatkan prestasi SHAH. |
Anggun Mayasari on January 04 2012 16:27:21 ·
0 Comments ·
29 Reads ·
|

|
| PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 2012 |
| Shah Pekan 27 December, seramai 154 orang pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012 telah ditawarkan untuk memasuki ke Shah Pekan.Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 pada 4 Januari 2012. Ianya terdiri daripada 103 orang pelajar lelaki dan 51 orang pelajar perempuan. Kebanyakan pelajar datang dari sekolah-sekolah di negeri Pahang, Kelantan, Johor dan Selangor. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga Shah Pekan. Harapan pihak sekolah agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan di Shah dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan Shah. |
Anggun Mayasari on December 27 2011 16:46:05
0 Comments ·
84 Reads ·
|

| JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 |
Shah Pekan, 09 Nov, seperti tahun-tahun sebelumnya, shah pekan meneruskan tradisi mengadakan jamuan perdana untuk semua pelajar shah yang diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Ilmu Shah. Jamuan ini yang bertujuan untuk meraikan semua warga shah yang telah bertungkus lumus memartabatkan shah dengan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2011. Pelbagai juadah disediakan seperti meehoon sup, nasi minyak, nasi dagang, mee goreng, kue tieu goreng, ayam goreng, air buah serta air cendol. Semua pelajar gembira dan berharap tradisi ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 |
admin on November 12 2011 10:15:07
0 Comments ·
209 Reads ·
|

| LAWATAN BALAS WATTANOTHAIPAYAP SCHOOL KE SHAH PEKAN |
Shah Pekan 20 Oktober, seramai 40 orang pelajar dan guru dari Sekolah Wattanothaipayap, Chiang Mai, Thailand telah melawat ke Shah pekan pada hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan balas sekolah berkenaan ke Shah sebagai membalas kunjungan guru-guru serta pelajar Shah ke sekolah berkenaan pada Disember lepas. Program ini adalah dibawah program BCCC sebagai salah satu program pengantarabangsaan Shah. Sempena kunjungan balas ini semua sekolah yang terlibat debgan program BCCC telah dijemput untuk membuat pameran dan pertunjukkan sebagai satu aktiviti BCCC. Pelawat yang tiba pada jam 10.00 pagi telah dipertunjukkan kebitaraan Shah iaitu lompat tali dan seni petah bicara disamping beberapa pertunjukan yang lain dan mereka juga menyertai beberapa acara yang disediakan oleh sekolah yang terlibat.Program ini berakhir pada jam 1.00 tengahhari.
 |
admin on October 29 2011 23:28:48
0 Comments ·
212 Reads ·
|

| 131 PELAJAR SHAH MULA MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR |
Shah Pekan, 04 Oktober, seramai 131 calom PMR Shah 2011 mula menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bermula pada hari ini. Pelajar yang mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi dihadapan dewan peperiksaan kelihatan ceria dan penuh keyakinan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Semua pentadbir dan sebahagian guru Shah turut kelihatan memberikan amanat terakhir. Kelihatan juga sebahagian kecil ibu bapa pelajar turut hadir membrikan kata-kata semangat kepada anak mereka. Peperiksaan akan berakhir pada 10 Oktober ini. Pihak sekolah mendoakan agar semua pelajar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan berkenaan.
 |
admin on October 04 2011 09:01:50
0 Comments ·
372 Reads ·
|

| SUMBANGAN PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN 1432H |
| Dimaklumkan Jawatankuasa Program Penghayatan Ramadhan Shah Pekan sedang menjalankan kempen kutipan derma daripada ibu.bapa/penjaga serta syarikat dan orang perseorangan untuk melaksana dan menyemarakkan aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan yang berkah ini. Justeru, pihak kami memohon derma ikhlas daripada tuan/puan untuk menjayakan program ini . Sumbangan bolehlah dibuat secara tunai melalui anak tuan puan atau melalui cek atas nama PIBG SHAH PEKAN atau deposit terus ke akaun BIMB No. 06073010001906 selewat-lewatnya 20 Ogos 2011. Semoga amal jariah tuan puan diberkati Allah SWT. |
admin on August 03 2011 09:50:56
0 Comments ·
774 Reads ·
|
|
 |
| MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2011/2012 |
SHAH Pekan, 25 Julai, Majlis pelantikan pengawas sekolah bagi sesi 2011/2011 telah berlangsung pada hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh bekas penolong ketua pelajar Shah 1993 iaitu En. Abdul Razak bin Haji Ahmad yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang. Pada majlis ini seramai 79 orang pelajar yang dilantik sebagai pengawas bagi sesi 2011/2012 telah menerima watikah pelantikan masing-masing. Mereka terdiri daripada 36 orang pelajar tingkatan 4, 22 orang pelajar tingkatan 3, 13 orang pelajar tingkatan 2, dan 8 orang pelajar tingkatan 1.Pihak pentadbiran sekolah berharap agar kesemua pengawas yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan baik dan dapat membantu melicinkan lagi pentadbiran sekolah.
 |
admin on July 26 2011 11:51:45
0 Comments ·
671 Reads ·
|

| HAMDAN BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN KOT |
| Shah Pekan, 26 Jun, Rumah Hamdan berjaya dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas setelah diumumkan sebagai juara Kejohanan olahraga Shah kali ke-22 yang berlangsung pada hari ini. Tempat kedua dimenangi oleh rumah Murad, ketiga Rumah Rahman dan keempat Rumah Aminuddin. Kejohanan olahraga yang diadakan pada pertengahan tahun pada hari ini tetap meriah walaupun diadakan secara sederhana. Kejohanan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Pahang, YB Dato' Wan Adnan bin Wan Mamat yang diwakili oleh pengerusi pengetua cemerlang pahang, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. |
admin on June 28 2011 11:30:58
48 Comments ·
1621 Reads ·
|

| MAKLUMAN KEPADA BEKAS PELAJAR SHAH 2010 |
Yayasan Pahang telah memberikan hadiah pelajar cemerlang (HPC) kepada seramai 43 orang pelajar SHAH yang menduduki peperiksaan SPM 2010 yang lalu.Anugerah yang diberikan berbentuk wang ringgit sebanyak RM200.00 beserta sijil.Diharap kepada semua pelajar yang cemerlang dapat menghubungi pihak sekolah ditalian 09-4224616 dengan memberi maklumat seperti berikut:
1)Nama Bank
2)No Akaun Bank
3)Nama dan alamat untuk pos sijil
Sekian untuk makluman.
|
Anggun Mayasari on June 16 2011 17:09:03
46 Comments ·
1406 Reads ·
|
| SELAMAT HARI GURU |
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SHAH. TERIMA KASIH CIKGU.
Daripada semua pelajar shah. |
admin on May 17 2011 12:34:40
37 Comments ·
1974 Reads ·
|
| PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 |
| Peperiksaan pertengahan tahun bagi menengah rendah telah bermula pada 14 Mei yang lalu, Manakala bagi tingkatan 5 telah pun bermula mulai 26 April yang lalu dan dan bagi tingkatan 4 pada 4 April yang lalu. Peperiksaan ini akan berakhir pada 23 Mei bagi memengah rendah dan 19 Mei bagi tingkatan 4 dan 5. Pihak sekolah berharap agar semua pelajar Shah dapat menghadapi peperiksaan ini dengan bersungguh-sungguh kerana ia menjadi kayu pengukur kepada pencapaian shah. SELAMAT MENGHADAPAI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN. |
admin on May 17 2011 12:30:03
0 Comments ·
1823 Reads ·
|
|
|
|
|
| Login |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
|